Sunday, 9 October 2011
Saya Sayang Akak kerana Allah!
Assalamualaikum
Kehadapan kepada
Kak azlina yang baik hati
Yang zati anggap seperti kakak sendiri,
Kak Az,
Zati sangat sedih…sedih dengan ketiadaan akak kat sini. Ketiadaan akak kat sini cukup dirasakan. Nasihat akak kepada zati selama ini sudah mula berlegar-legar di cuping telinga.
Akak, walaupun akak berumur 24, akak tetap humble dengan zati yang lebih muda daripada akak. Akak, zati tak tahu nak cakap apa kat kak az cz zati rasa sedih sangat. Ukhuwwah kita baru bermula sebulan yang lepas. Ketika di dalam kelas, kita saling belajar, bergurau senda, nasihat menasihati. kadang-kadang kita berkongsi idea mengenai masalah yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia. cita- cita kita sama untuk memperjuangkan syariah sebenar di negara kita. Namun,iiba-tiba takdir Tuhan datang menyapa lalu menduga kita. Perpisahan juga adalah penamat pertemuan kita yang singkat ini.
Mungkinkah kita berjumpa lagi selepas ini? Mungkinkah kita sudah tiada jodoh untuk bertemu lagi? Akak, halalkan segala ilmu yang akak berikan pada zati. Halalkan setiap apa yang zati pernah ambil dari akak. Maafkan segala –galanya. Semoga kita dipertemukan Allah dalam keadaan yang sakinah, mawaddah dan mahabbah.
Kerja elok-elok ye kat tempat orang…
Ingat zati sokmo dalam doa
Zati sayang akak kerana Allah
Labels:
cerita hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment