Tuesday, 18 October 2011
masih di sini
terlihat manis zahir
terpendam pahit batin
(tanya jiwa)
apakah aku hanya sekadar pembantu dalam perjuangan?
kalau diperlukan ajakan terus bermohon
kalau tidak
diketepikan terus
benarkah begitu
atau ini hanya sekadar bisikan syaitan?
kali ini aku rebah merintih
keliru antara keikhlasan dalam perjuangan
dan keikhlasan dalam ajakan
Tuhan ajari aku tentang ikhlas
kerna sudah acapkali
kukatakan pada diri
perjuangan itu harus ikhlas
dan bukan kerana sesiapa!
berterima kasih pada yang sudi pelawa
teruskan perjuangan bila ditinggalkan

Sunday, 9 October 2011
semoga hati-hati kita lembut menerima nasihat
Nasihatilah saya
Tak kan dimarah
Kerana hati saya terarah
Untuk ditoreh
Hemat biar solehah
Bertahkta natijah
Nasihatilah
Tegurilah
Sesungguhnya
Hati ini terbuka
Luas persis langit terbuka
Untuk manusia
Tegurilah
Nasihatilah
Bercakaplah benar walaupun pahit itu terasa
Lebih daripada manisnya
Cukuplah untuk mengatakan
Saya merindui pesanan
Nasihat dan teguran
Daripada Kalian
Saudara dan saudari seislam saya!
Acapkali, saya meminta sahabat menasihati saya. Atau berikan sedikit pesanan agar hari-hari kelak akan saya langkahi dengan hemat dan cermat. Jiwa yang kontang harus disuburi dengan nur. Dan nur itu kadang-kadang datang dalam bentuk ketukan nasihat.
Walhasilnya:
Ada yang tak tahu nak bagi nasihat
Ada yang bagi nasihat
Saya dapat rasakan ada antara sahabat yang bimbang akan menyebabkan hati saya terasa. Ya, biarlah hati saya ada sedikit ‘terasa’ apabila dinasihati. Kerana apabila ada ‘terasa’ ia kan mudah untuk berubah. Sememangnya harus diakui hati yang mudah ‘terasa’ kerana egois itu ada. Biarkan ia! Saya mahu menyelamatkan iman saya. Dan saya tidak mahu egois itu menyebabkan hati saya terus menolak iman ke tepi. Lalu egois bermaharaja lela dalam sanubari. But, maybe I will take time to change. It’s normal.
النصيحة الدين
Untuk sahabat –sahabat
Andai kalian pernah ditegur, dinasihati untuk hal-hal yang baik, nah! Jangan terus masam mencuka wajahnya.jangan terus memuncungkan bibir. Lalu, mengumpat yang tak benar tentang orang yang menasihati itu. Memang, yang menasihati itu kadang-kadang kasar sedikit ( bagi orang yang dinasihati). Walhal itu bukan masalah besar. Kasar atau lemah lembut itu bukan perkara pokok. Yang menjadi perkara pokok adalah pesanannya atau tegurannya. Jangan lihat pada siapakah yang bagi nasihat itu.
Justeru itu, berterima kasihlah kepada mereka yang pernah mensihati kalian secara kasar atau lemah lembut. Ingat perbuatan dosa yang kalian lakukan itu kalau tak ditegur, kalian pasti akan terus melakukannya. Dan Allah telah memberikan cinta-Nya kepada kalian dengan memberi teguran melalui manusia. Dan oleh itu juga ucapkanlah Alhamdulillah setelah ditegur. Ok?
Sesungguhnya,saya yang menulis ini lebih banyak kejahilan dan dosa daripada kalian yang membacanya. Semoga Allah mengampuni saya dan kalian.
Ana alfaqirah ilaLlah
Saya Sayang Akak kerana Allah!
Assalamualaikum
Kehadapan kepada
Kak azlina yang baik hati
Yang zati anggap seperti kakak sendiri,
Kak Az,
Zati sangat sedih…sedih dengan ketiadaan akak kat sini. Ketiadaan akak kat sini cukup dirasakan. Nasihat akak kepada zati selama ini sudah mula berlegar-legar di cuping telinga.
Akak, walaupun akak berumur 24, akak tetap humble dengan zati yang lebih muda daripada akak. Akak, zati tak tahu nak cakap apa kat kak az cz zati rasa sedih sangat. Ukhuwwah kita baru bermula sebulan yang lepas. Ketika di dalam kelas, kita saling belajar, bergurau senda, nasihat menasihati. kadang-kadang kita berkongsi idea mengenai masalah yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia. cita- cita kita sama untuk memperjuangkan syariah sebenar di negara kita. Namun,iiba-tiba takdir Tuhan datang menyapa lalu menduga kita. Perpisahan juga adalah penamat pertemuan kita yang singkat ini.
Mungkinkah kita berjumpa lagi selepas ini? Mungkinkah kita sudah tiada jodoh untuk bertemu lagi? Akak, halalkan segala ilmu yang akak berikan pada zati. Halalkan setiap apa yang zati pernah ambil dari akak. Maafkan segala –galanya. Semoga kita dipertemukan Allah dalam keadaan yang sakinah, mawaddah dan mahabbah.
Kerja elok-elok ye kat tempat orang…
Ingat zati sokmo dalam doa
Zati sayang akak kerana Allah
Friday, 30 September 2011
The Ideal Muslimah dan Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata
Assalamualaikum!
Buku pertama
‘The Ideal Muslimah’ karya Dr Muhammad Ali al- Hashimi (pemberian buah tangan daripada adik saya setelah beliau pulang dari Jordan) telah berada di tangan saya. Sebenarnya buku ini ditulis dalam bahasa Arab. Namun, buku ini telah diterjemah dalam bahasa inggeris. Judul sebenar buku ini dalam bahasa arab adalah ‘Syakhsiah al-mar-ah al muslimah’.
Walaupun buku ini kelihatan saperti sebuah buku yang menceritakan perihal wanita dan akhlaknya. Namun, bagi saya buku ini sangat menarik dan agak kontemporari. Contohnya bab-bab yang dikemukakan adalah:
The Muslim woman and her Lord
The Muslim woman and her own self
The Muslim woman and her parents
The Muslim woman and her husband
The Muslim woman and her children
The Muslim woman and her sons and daughter in law
The Muslim woman and her relatives
The Muslim woman and her neighbors
The Muslim woman and her friends and sisters in Islam
The Muslim woman and her community or society
Bab-bab yang diutarakan oleh penulis merangkumi setiap aspek kehidupan seorang wanita muslimah.
Contohnya, apabila bab yang melibatkan the Muslim woman and her own self, penulis memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek menjaga kecantikan dalaman tetapi kecantikan luaran seperti mengawal pemakanan, bersenam dan banyak lagi. Selain itu,dalam bab yang sama juga wanita muslimah dituntut agar menuntut ilmu.
Dan mungkin saya akan mencedok ilmu yang berada dalam buku ini dan nukilkannya dalam laman bloog ini andai ada waktu yang tersadai.
Buku kedua:
Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata tulisan Ann Wan Seng sangat menarik perhatian saya. Buku ini mengulas panjang tentang murtad daripada sudut pandangan Islam dan juga daripada perspektif perundangan . Selain itu, kes-kes murtad yang telah berlaku kepada muslim melayu yang telah heboh suatu masa dahulu diceritakan kembali oleh penulis.
Hanya itu sahaja perkongsian dua buah buku daripada saya. Semoga kalian juga membacanya dan mengambil manfaat daripadanya.

Thursday, 29 September 2011
usah berpaling lagi...
Assalamualaikum
Kerap kali ditanya dalam beberapa versi soalan yang sama. Cuma, ungkapan sahaja yang berbeza.
“ kenapa amik syariah? tak mampu ke amik law?”
“la…dulu law student…erm, kenapa tukar kos ni?”
Saya hanya mampu tersenyum.
Ya, saya akui jika sebelum ini, undang-undang adalah jurusan yang paling saya minat. Namun, untuk berada di dalam bidang tersebut begitu payah untuk saya. Bukan subjek yang ditawarkan itu susah lalu saya mengundur diri. Bukan sama sekali!
Begitu payah untuk saya katakan bahawa saya tidak kuat untuk berada dalam lingkaran sana. Saya tidak kuat dengan biah di sana! dan Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalan untuk saya belajar undang-undang Islam pula.Alhamdulillah…!
Undang-undang syariah begitu indah
Begitu kaya dengan hikmah
Agar berbuah rahmah
dalam hayyah
manusia sang abduh Illahi
Wednesday, 21 September 2011
sesudah bergelar mahasiswi pengajian Islam
Assalamualaikum...
Kaifahalukum semua? rasanya sudah lama jari jemari ini tidak menulis di sini mahupun di blog pertama saya ; www.taratiana.blogspot.com.
info terkini: blog pertama saya punya masalah...jadi saya akan stop menulis untuk sementara waktu di sana.
Banyak cerita yang mahu saya kongsikan setelah diberi kesempatan oleh Illahi untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dicita-citakan.
Pada hari pertama bermulanya sesi kuliah, perasaan saya bercampur baur. Malah perasaan ini datang sebelum saya ke Unisza lagi. Ada rasa gembira dan ada rasa sedikit bimbang. Iya, gembira kerana saya yakin apabila berada di bawah Fakulti Islam , saya akan dididik dengan biah yang tenteram damai dan tiada fitnah. InshaAllah. Namun, sedikit kebimbangan di hati kerana saya bimbang langkah yang saya atur bukanlah seperti langkahan seorang yang mendalami agama. Jadi, kemungkinan saya akan memberi impak negatif kepada nama sebuah fakulti Islam.
Alhamdulillah, barulah saya berasa ternteram ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh persatuan fakulti. Jika dahulu ketika berada dalam pentas diploma, saya akan berasa gundah jika persatuan saya menganjurkan sesebuah aktiviti. Tetapi, kini (inshaAllah) tidak lagi.
Air mata saya seakan ingin tumpah ketika program bersama persatuan fakulti pada tempoh hari. Bukan kerana sedih, tetapi syukur kerana di awal berlangsungnya majlis, ia bermula dengan Asma ul husna. Lagi satu, majlis tersebut tidak dicemari dengan laungan yang menyesakkan jiwa atau lagu-lagu yang melalaikan.
Jika dahulu, Asma ul husna tidak kedengaran jika berlangsung sesebuah program fakulti.
Namun sekarang, nama Allah disebut-sebut dalam keadaan yang damai.
Jika dahulu, nyanyian yang melalaikan mencemari majlis,
namun, kini pesanan demi pesanan untuk santapan hadirin majlis.
Maaf, bacaan Asmaul husna atau persembahan muzik dinyahkan dalam majlis mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang sudah pun berada dalam landasan pengajian Islam. Namun, bagi saya itulah sebuah kenikmatan yang harus disyukuri.
Setakat ini sahaja tinta untuk ditulis...
doakan saya juga untuk sahabat-sahabat seislam agar terus tsabat dengan tuntutan agama...

Sunday, 31 July 2011
ABOUT TA'LIQ
Ta’liq means a promise expressed by the husband after the solemnization of marriage in accordance with hokum syara’, and the statutory provisions. However various definitions of ta’liq are found under other state enactment since enactment for every state are different to another state.
BASIS OF TA’LIQ:
Sura AL-Maidah verse 1
Classification of ta’liq:
First
Ta’liq made upon solemnization of marriage (statutory ta’liq)
Ta’liq certificate is issued by the registrar in the prescribed form to each of the parties to the marriage.
Application for divorce pursuant to ta’liq certificate:
A married Muslim woman may if entitle to a divorce pursuant to terms of a ta’liq certificate made upon the solemnization of a marriage, apply to the court to declare that such divorce has taken place. The court must examine the application and make an inquiry into the validity of the divorce and must if satisfied that the divorce is valid according to hokum syara’ confirm and record the divorce and send a certified copy to the Chief of Registrar for Registration.
Second
Ta’liq made at any time after the solemnization of marriage
There is no prescribed form for this ta’liq. But, the ta’liq should take a form to the effect that the wife will become divorced upon the occurrence of the contingency specified in the declaration.
Procedure for application
The procedure for an application to the court for a declaration that divorce has taken place by ta’liq made at any time after the solemnization of marriage is similar to that for ta’liq certificate .
Ground for application
An application for ta’liq made at any time after the solemnization of marriage can be based on any of the following ground: time, act, oath omission, pregnancy or menstrual period.
EFFECT OF TA’LIQ
The effect of ta’liq whether statutory or otherwise depends on the terms used in the promise or declaration.
ABSENCE OF THE HUSBAND (EX PARTE)
An application of the court for a declaration that the divorce has taken place by ta’liq may be made in the presence of the husband or in his absence. If the husband is absent during such application the wife must support her claim with the evidence of two witnesses and yamin al-istizhar before the judge.
Trial in the absence of the husband will only be allowed if the court is satisfied that the summons has been duly served on the husband, either by way of personal service or substituted service. In some states, divorce by ta’liq may be granted by way of khulu’ that is where the wife is requested to par RM 1 and the court accept it on behalf of the husband where the court is satisfied with ta’liq application the court will give judgment by declaring that a divorce by one talaq had been effected.
Saturday, 23 July 2011
perkenalan
Assalamualaikum...
alhamdulillah, ini merupakan blog kedua saya. Blog ini,insyaAllah saya akan menulis berkisar undang-undang syariah di Malaysia dan juga berkongsi pengalaman sebagai seorang mahasiswi syariah. Semoga kalian mendapat input yang berfaedah.
Sharia is the best law in the world..
Saya, mantan mahasiswi diploma undang-undang Universiti Sultan Zainal Abidin (2008-2011). dan insyaAllah akan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah di Universiti Sultan Zainal Abidin pada september ini.
doakan saya...

Subscribe to:
Comments (Atom)