Tuesday, 18 October 2011

masih di sini
terlihat manis zahir
terpendam pahit batin

(tanya jiwa)
apakah aku hanya sekadar pembantu dalam perjuangan?
kalau diperlukan ajakan terus bermohon
kalau tidak
diketepikan terus

benarkah begitu
atau ini hanya sekadar bisikan syaitan?

kali ini aku rebah merintih
keliru antara keikhlasan dalam perjuangan
dan keikhlasan dalam ajakan

Tuhan ajari aku tentang ikhlas
kerna sudah acapkali
kukatakan pada diri
perjuangan itu harus ikhlas
dan bukan kerana sesiapa!
berterima kasih pada yang sudi pelawa
teruskan perjuangan bila ditinggalkan

Sunday, 9 October 2011

semoga hati-hati kita lembut menerima nasihat

Nasihatilah saya
Tak kan  dimarah
Kerana hati saya terarah
Untuk ditoreh
Hemat biar solehah
Bertahkta natijah

Nasihatilah
Tegurilah
Sesungguhnya
Hati ini terbuka
Luas persis langit terbuka
Untuk manusia

Tegurilah
Nasihatilah
Bercakaplah benar walaupun pahit itu terasa
Lebih daripada manisnya

Cukuplah untuk mengatakan
Saya merindui pesanan
Nasihat dan teguran
Daripada Kalian
Saudara dan saudari seislam saya!

Acapkali, saya meminta sahabat menasihati saya. Atau berikan sedikit pesanan agar hari-hari kelak akan saya langkahi dengan hemat dan cermat. Jiwa yang kontang harus disuburi dengan nur. Dan nur itu kadang-kadang datang dalam bentuk ketukan nasihat.

Walhasilnya:
Ada yang tak tahu nak bagi nasihat
Ada yang bagi nasihat

Saya dapat rasakan  ada antara sahabat yang bimbang akan menyebabkan hati saya terasa. Ya, biarlah hati saya ada sedikit ‘terasa’ apabila dinasihati. Kerana  apabila ada ‘terasa’ ia kan  mudah untuk berubah. Sememangnya harus diakui hati yang mudah ‘terasa’ kerana egois itu ada. Biarkan ia! Saya mahu menyelamatkan iman saya. Dan saya tidak mahu egois itu menyebabkan hati saya terus menolak iman ke tepi. Lalu egois bermaharaja lela dalam sanubari. But, maybe I will take time to change. It’s normal.
                                                                          النصيحة الدين

Untuk sahabat –sahabat

Andai kalian pernah ditegur, dinasihati untuk hal-hal yang baik, nah! Jangan terus masam mencuka wajahnya.jangan terus memuncungkan bibir. Lalu, mengumpat yang tak benar tentang orang yang menasihati itu. Memang, yang menasihati itu kadang-kadang  kasar sedikit ( bagi orang yang dinasihati). Walhal itu bukan masalah besar. Kasar atau lemah lembut itu bukan perkara pokok. Yang menjadi perkara pokok adalah pesanannya atau tegurannya. Jangan lihat pada siapakah yang bagi nasihat itu.

Justeru itu, berterima kasihlah kepada mereka yang pernah mensihati kalian secara kasar atau lemah lembut. Ingat perbuatan dosa yang kalian lakukan itu kalau tak ditegur, kalian pasti akan terus melakukannya. Dan Allah telah memberikan cinta-Nya kepada kalian dengan memberi teguran melalui manusia. Dan oleh itu juga  ucapkanlah Alhamdulillah setelah ditegur. Ok?

Sesungguhnya,saya  yang menulis ini lebih banyak kejahilan dan dosa daripada kalian yang membacanya. Semoga Allah mengampuni saya  dan kalian.
Ana alfaqirah ilaLlah




Saya Sayang Akak kerana Allah!

Assalamualaikum

Kehadapan kepada
Kak azlina yang baik hati
Yang zati anggap seperti kakak sendiri,


Kak Az,

Zati sangat sedih…sedih dengan ketiadaan akak kat sini. Ketiadaan akak kat sini cukup dirasakan. Nasihat akak kepada zati selama ini sudah mula berlegar-legar di cuping telinga.

Akak, walaupun akak berumur 24, akak tetap humble dengan zati  yang lebih muda daripada akak. Akak, zati tak tahu nak cakap apa kat kak az cz zati rasa sedih sangat. Ukhuwwah kita baru bermula sebulan yang lepas. Ketika di dalam kelas, kita saling belajar, bergurau senda, nasihat menasihati. kadang-kadang kita berkongsi idea mengenai masalah yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia. cita- cita kita sama untuk memperjuangkan syariah sebenar di negara kita. Namun,iiba-tiba takdir Tuhan datang menyapa lalu menduga kita. Perpisahan juga adalah penamat pertemuan kita yang singkat ini.

Mungkinkah kita berjumpa lagi selepas ini? Mungkinkah kita sudah tiada jodoh untuk bertemu lagi? Akak, halalkan segala ilmu yang akak berikan pada zati.  Halalkan setiap apa yang zati pernah ambil dari akak. Maafkan segala –galanya. Semoga kita dipertemukan Allah dalam keadaan yang sakinah, mawaddah dan mahabbah.

Kerja elok-elok ye kat tempat orang…
Ingat zati sokmo dalam doa

Zati sayang akak kerana Allah