Wednesday, 21 September 2011

sesudah bergelar mahasiswi pengajian Islam

Assalamualaikum...

Kaifahalukum semua? rasanya sudah lama jari jemari ini tidak menulis di sini mahupun di blog pertama saya ; www.taratiana.blogspot.com.

info terkini: blog pertama saya punya masalah...jadi saya akan stop menulis untuk sementara waktu di sana.


Banyak cerita yang mahu saya kongsikan setelah diberi kesempatan oleh Illahi untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dicita-citakan.

Pada hari pertama bermulanya sesi kuliah, perasaan saya bercampur baur. Malah perasaan ini datang sebelum saya ke Unisza lagi. Ada rasa gembira dan ada rasa sedikit bimbang. Iya, gembira kerana saya yakin apabila  berada di bawah Fakulti Islam , saya akan dididik dengan biah yang tenteram damai dan tiada fitnah. InshaAllah. Namun, sedikit kebimbangan di hati kerana saya bimbang langkah yang saya atur bukanlah seperti langkahan seorang yang mendalami agama. Jadi, kemungkinan saya akan memberi impak negatif kepada nama sebuah fakulti Islam.


Alhamdulillah, barulah saya berasa ternteram ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh persatuan fakulti. Jika dahulu ketika berada dalam pentas diploma, saya akan berasa gundah jika persatuan saya menganjurkan sesebuah aktiviti. Tetapi, kini (inshaAllah) tidak lagi.

 Air mata saya seakan  ingin tumpah ketika program bersama persatuan fakulti pada tempoh hari. Bukan kerana sedih, tetapi syukur kerana di awal berlangsungnya majlis, ia  bermula dengan Asma ul husna. Lagi satu, majlis tersebut tidak dicemari dengan laungan yang menyesakkan jiwa atau lagu-lagu yang melalaikan.

Jika dahulu, Asma ul husna tidak kedengaran jika berlangsung sesebuah program fakulti.
 Namun sekarang, nama Allah disebut-sebut dalam keadaan yang damai.
 Jika dahulu, nyanyian yang melalaikan mencemari majlis,
 namun, kini pesanan demi pesanan untuk santapan hadirin majlis.


Maaf, bacaan Asmaul husna atau persembahan muzik dinyahkan dalam majlis mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang sudah pun berada dalam landasan pengajian Islam. Namun, bagi saya itulah sebuah kenikmatan yang harus disyukuri.


Setakat ini sahaja tinta  untuk ditulis...
doakan saya juga untuk sahabat-sahabat seislam agar terus tsabat dengan tuntutan agama...

No comments:

Post a Comment