Friday, 30 September 2011

The Ideal Muslimah dan Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata

Assalamualaikum!

Buku pertama 

‘The Ideal Muslimah’ karya Dr Muhammad Ali al- Hashimi (pemberian buah tangan daripada adik saya setelah beliau pulang dari Jordan) telah berada di tangan saya. Sebenarnya buku ini ditulis dalam bahasa Arab. Namun, buku ini telah diterjemah dalam bahasa inggeris. Judul sebenar buku ini dalam bahasa arab adalah ‘Syakhsiah al-mar-ah al muslimah’.

Walaupun buku ini kelihatan saperti sebuah buku yang menceritakan perihal wanita dan akhlaknya. Namun, bagi saya buku ini sangat menarik dan agak kontemporari. Contohnya bab-bab yang dikemukakan adalah:


The Muslim woman and her Lord
The Muslim woman and her own self
The Muslim woman and her parents
The Muslim woman and her husband
The Muslim woman and her children
The Muslim woman and her sons and daughter in law
The Muslim woman and her relatives
The Muslim woman and her neighbors
The Muslim woman and her friends and sisters in Islam
The Muslim woman and her community or society

Bab-bab yang diutarakan oleh penulis merangkumi setiap aspek kehidupan seorang wanita muslimah.
Contohnya, apabila bab yang melibatkan the Muslim woman and her own self, penulis memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek menjaga kecantikan dalaman tetapi kecantikan luaran seperti mengawal pemakanan, bersenam dan banyak lagi. Selain itu,dalam bab yang sama juga wanita muslimah dituntut agar menuntut ilmu.

Dan mungkin saya akan mencedok ilmu yang berada dalam buku ini dan nukilkannya dalam laman bloog ini andai ada waktu yang tersadai.


Buku kedua:

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata tulisan Ann Wan Seng sangat menarik perhatian saya. Buku ini mengulas panjang tentang murtad daripada sudut pandangan Islam dan juga daripada perspektif perundangan . Selain itu, kes-kes murtad yang telah berlaku kepada muslim melayu yang telah heboh suatu masa dahulu diceritakan kembali oleh penulis.

Hanya itu sahaja perkongsian dua buah buku daripada saya. Semoga kalian juga membacanya dan mengambil manfaat daripadanya.

Thursday, 29 September 2011

usah berpaling lagi...

Assalamualaikum

Kerap kali ditanya dalam beberapa versi soalan yang sama. Cuma, ungkapan sahaja yang berbeza.

“ kenapa amik syariah? tak mampu ke amik law?”
“la…dulu law student…erm, kenapa tukar kos ni?”

Saya hanya mampu tersenyum.

Ya, saya akui jika sebelum ini, undang-undang adalah jurusan yang paling saya minat. Namun, untuk berada di dalam bidang tersebut begitu payah untuk saya. Bukan subjek yang ditawarkan itu susah lalu saya mengundur diri. Bukan sama sekali!

Begitu payah untuk saya katakan bahawa saya tidak kuat untuk berada dalam lingkaran sana. Saya tidak kuat dengan biah di sana! dan Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalan untuk saya belajar undang-undang Islam pula.Alhamdulillah…!

Undang-undang syariah begitu indah
Begitu kaya dengan hikmah
Agar  berbuah rahmah
dalam hayyah
manusia sang abduh Illahi


Wednesday, 21 September 2011

sesudah bergelar mahasiswi pengajian Islam

Assalamualaikum...

Kaifahalukum semua? rasanya sudah lama jari jemari ini tidak menulis di sini mahupun di blog pertama saya ; www.taratiana.blogspot.com.

info terkini: blog pertama saya punya masalah...jadi saya akan stop menulis untuk sementara waktu di sana.


Banyak cerita yang mahu saya kongsikan setelah diberi kesempatan oleh Illahi untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dicita-citakan.

Pada hari pertama bermulanya sesi kuliah, perasaan saya bercampur baur. Malah perasaan ini datang sebelum saya ke Unisza lagi. Ada rasa gembira dan ada rasa sedikit bimbang. Iya, gembira kerana saya yakin apabila  berada di bawah Fakulti Islam , saya akan dididik dengan biah yang tenteram damai dan tiada fitnah. InshaAllah. Namun, sedikit kebimbangan di hati kerana saya bimbang langkah yang saya atur bukanlah seperti langkahan seorang yang mendalami agama. Jadi, kemungkinan saya akan memberi impak negatif kepada nama sebuah fakulti Islam.


Alhamdulillah, barulah saya berasa ternteram ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh persatuan fakulti. Jika dahulu ketika berada dalam pentas diploma, saya akan berasa gundah jika persatuan saya menganjurkan sesebuah aktiviti. Tetapi, kini (inshaAllah) tidak lagi.

 Air mata saya seakan  ingin tumpah ketika program bersama persatuan fakulti pada tempoh hari. Bukan kerana sedih, tetapi syukur kerana di awal berlangsungnya majlis, ia  bermula dengan Asma ul husna. Lagi satu, majlis tersebut tidak dicemari dengan laungan yang menyesakkan jiwa atau lagu-lagu yang melalaikan.

Jika dahulu, Asma ul husna tidak kedengaran jika berlangsung sesebuah program fakulti.
 Namun sekarang, nama Allah disebut-sebut dalam keadaan yang damai.
 Jika dahulu, nyanyian yang melalaikan mencemari majlis,
 namun, kini pesanan demi pesanan untuk santapan hadirin majlis.


Maaf, bacaan Asmaul husna atau persembahan muzik dinyahkan dalam majlis mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang sudah pun berada dalam landasan pengajian Islam. Namun, bagi saya itulah sebuah kenikmatan yang harus disyukuri.


Setakat ini sahaja tinta  untuk ditulis...
doakan saya juga untuk sahabat-sahabat seislam agar terus tsabat dengan tuntutan agama...